ads

Wednesday 23 July 2014

RESEPI RENDANG AYAM




Bahan-bahan:


1/2 kg ayam yang telah dibersihkan (untuk 4 orang makan)
1 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 senduk cili kisar
3cm kunyit hidup
2cm halia
4 batang serai yang dihiris halus-halus dan dikisar lumat
2 helai daun kunyit yang dihiris halus-halus
2 sudu kerisik
Garam dan serbuk perasa, secubit gula

Cara membuatnya:

1. Kisar kunyit sehingga lumat, masukkan bawang merah, bawang putih, cili
padi dan halia ke dalam mesin pengisar...Kisar sekali lagi.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalamnya.
(tak perlu letak minyak)
Masukkan cili kisar sekali. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan ayam ke dalam bahan-bahan tersebut..Masukkan
setengah cawan air.
4. Kemudian, masukkan serai yang telah dikisar...kacau lagi
5. Letakkan garam secukup rasa serta sedikit serbuk perasa dan secubit gula.
6. Masukkan kerisik.Kacau hingga menggelegak.
7. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air...Kacau dan tunggu hingga
kuahnya hampir kering masukkan pula hirisan daun kunyit...
8. Setelah kuah agak pekat tutup api daur gas...Sedia untuk dihidangkan...

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...