ads

Friday, 25 July 2014

Resepi Kuih Akok



Bahan-bahan:-
1 ketul gula nisan / 150gm gula merah
100 ml air
200 ml santan pekat
30 gm tepung gandum
2 cubit garam
5 biji telur
daun pandan / 1 sudu kecil perisa pandan yang berwarna hijau

Cara:-
1. Panaskan air dan gula nisan hingga mendidih dan gula nisan larut dan sejukkan sebentar.
2. Masukkan santan, garam, perisa pandan, telur dan tepung, kacau rata hingga larut.
3. Sekiranya tepung berketul, sila tapis ya untuk dapatkan adunan yang licin.
4. Panaskan oven dengan suhu 200'c.
5. Sapu loyang pembakar dengan minyak atau butter sebelum tuang adunan.
6. Bakar hingga bahagian atas garing seperti gambar atas.
7. Keluarkan dari loyang dan hidangkan....

Masa adunan dalam oven dia akan mengelembung, tetapi keluarkan sahaja dari oven, adunan akan turun dan berkedut seribu.

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...