ads

Wednesday, 23 July 2014

KACANG PANJANG GORENG DENGAN SOTONG




Bahan-Bahan :

1 ikat Kacang panjang - potong menyerong
5-6 ekor Sotong - hiris bulat
Cili Kisar
2 ulas Bawang Merah - mayang halus
1 ulas Bawang Putih - mayang halus
1 biji Bawang Besar - potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara :

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
Masukkan cili kisar. Apabila cili agak garing, masukkan sotong.
Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang.

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...