ads

Thursday, 24 July 2014

Resepi Kerutuk Daging





Bahan-Bahan :
1/2 kg daging - potong ikut citarasa masing,bersih dan toskan
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar - dimayang
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
rempah ratus secukupnya - 2 kuntum bunga lawang,3 kuntum bunga cengkih,1 batang kulit kayu manis,3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
2 biji cili merah - dipotong memanjang
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar@Tumbuk :
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih

Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan rempah kerutuk,bahan yang dikisar serta cili boh ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Masukkan bawang besar yang dimayang,rempah ratus dan tumiskan hingga naik bau.
4. Kemudian,masukkan bahan no 1 tadi dan tumiskan lagi hingga naik minyak.
5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya pekat. Masukkan air jika perlu.
6. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka,cili merah dan juga kerisik.Gaulkan sebati.
7. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba !!

RESEPI BISKUT CREAM CHEESE





BAHAN-BAHAN

500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2/.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan tepung gandum)
3/.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
4/.Bakar sampai masak.

Selamat mencuba !!

Resepi Puding Black Pearl



Bahan Untuk Setengah Adunan :

• 20 gm agar-agar
• 5 3/4 gelas air
• 3 biji telur
• 1 1/4 gelas gula
• 1 tin susu cair
• 1/2 bungkus cincau ~ dipotong dadu
• 1/2 sudu makan tepung jagung
• 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara Membuatnya :

1. Mula2 masakkan agar-agar dengan air yang telah disukat tadi sehingga larut.

2. Pukulkan telur dengan gula sehingga sebati.

3. Masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.

4. Pukul lagi adunan ini sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan adunan ke dalam agar2 tadi.

6. Kuar perlahan2 dan masakkan sehingga 30 - 45 minit.

7. Tutup api dan biarkan sebentar.

8. Kemudian masukkan potongan cincau tadi ke dalam adunan agar2.

9. Kuar lagi sehingga rata.

10. Masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan.

11. Setelah sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais.

selamat mencuba sis

Resepi Puding Susu Buah-Buahan



Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :

1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.

Jom Share & selamat mencuba semua ya sis .. 

RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER




Bahan-bahan:


250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara:

1.Putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
2.Masukkan esen vanilla.
3.Masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
4.Panaskan oven suhu 150c.
5.Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
6.Bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
7.Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
8.Bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
9.Cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang.

Selamat mencuba !!

Wednesday, 23 July 2014

Resepi Biskut Cornflakes



Bahan-Bahan

250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara

Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.


Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.


Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.


Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.


Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.


Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara

Selamat mencuba !!

Resepi Biskut chocolate pretzel



Bahan-bahan:

-250 gm mentega
-120 gm gula aising
-2 biji telur
-50 gm susu uht
-10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
-450 gm tepung gandum
-10 gm serbuk koko
-coklat masakan

Cara membuatnya: 

1) pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.

2) gaulkan susu uht, gula castor, tepung dan serbuk koko.

3) dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar di dalam loyang yang sudah di gris.

4) bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.

5) apabila sudah masak, sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.

6) masakkan coklat masakan dengan kaedah double boiler dan kemudian celupkan pretzel dalam coklat yang telah dicairkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...