ads
Wednesday, 23 July 2014
Resepi Kek Roll Nutella
Bahan-bahan:
10 biji kuning telur (premium) gunakan 13 kalau telur kecil
5 biji putih telur (premium) gunakan 7 kalau telur kecil
225gm gula caster
110g tepung Top
10g tepung aiskrim vanilla
135gm mentega (dicairkan)
1 sudu makan Stabiliser
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh coffee oil
1/2 sudu teh baking soda
1 botol Nutella
Cara-cara Penyediaan:
Satukan telur, gula dan Stabiliser, pukul hingga naik dan pekat
Masukkan kedua2 tepung dan baking soda, pukul hingga rata
Masukkan mentega cair dan esen vanilla, kacau rata.
Adunan bagi dua, satu chocolate dan satu coffee oil.
Masukkan dalam piping bag
Sediakan 2 loyang 10x10x1 atau 3 loyang 9x9x1 (apa2 loyang kek roll pun boleh la)
Alaskan greaseproof paper dan sapu dgn sadikit mentega (biar senang dikeluarkan kelak)
Picit adunan berselang seli macam belang harimau hehehe.... (ikut kreativi masing2)
Bakar dalam suhu 170 - 180 darjah selama 20 minit.
Bila dah masak, tunggu sebentar saja dan terbalikkan kek atas kain lembut.
Bila masih hangat, sapukan Nutella cepat2 dgn spatula.
Kalau tunggu sejuk, sapuan Nutella akan tersangkut2.
Roll cepat2 dan bungkus dgn plastik nipis.
Masuk dalam peti ais.
RESEPI RENDANG AYAM
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam yang telah dibersihkan (untuk 4 orang makan)
1 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 senduk cili kisar
3cm kunyit hidup
2cm halia
4 batang serai yang dihiris halus-halus dan dikisar lumat
2 helai daun kunyit yang dihiris halus-halus
2 sudu kerisik
Garam dan serbuk perasa, secubit gula
Cara membuatnya:
1. Kisar kunyit sehingga lumat, masukkan bawang merah, bawang putih, cili
padi dan halia ke dalam mesin pengisar...Kisar sekali lagi.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalamnya.
(tak perlu letak minyak)
Masukkan cili kisar sekali. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan ayam ke dalam bahan-bahan tersebut..Masukkan
setengah cawan air.
4. Kemudian, masukkan serai yang telah dikisar...kacau lagi
5. Letakkan garam secukup rasa serta sedikit serbuk perasa dan secubit gula.
6. Masukkan kerisik.Kacau hingga menggelegak.
7. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air...Kacau dan tunggu hingga
kuahnya hampir kering masukkan pula hirisan daun kunyit...
8. Setelah kuah agak pekat tutup api daur gas...Sedia untuk dihidangkan...
Selamat mencuba !!
KACANG PANJANG GORENG DENGAN SOTONG
Bahan-Bahan :
1 ikat Kacang panjang - potong menyerong
5-6 ekor Sotong - hiris bulat
Cili Kisar
2 ulas Bawang Merah - mayang halus
1 ulas Bawang Putih - mayang halus
1 biji Bawang Besar - potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-Cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
Masukkan cili kisar. Apabila cili agak garing, masukkan sotong.
Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang.
Selamat mencuba !!
Resepi Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.
Bahan Untuk hiasan
• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya
Cara-Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
RESEPI BISKUT NESCAFE MUNCHIES
Bahan- Bahan :-
250gm butter
2 biji kuning telur
125gm gula aising
75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung
450gm tepung gandum - diayak
4 sudubesar serbuk nescafe - diayak
sedikit esen kopi - kalau takde, 1 suduteh serbuk kopi dibancuh dgn sedikit air panas
manik2 gula atau coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan
cara-cara :
1. Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe dan esen kopi dipukul rata.
2. Masukkan tepung hoen kwee.
3. kemudian masukkan tepung gandum dan ulilah hingga doh lembut.
4. Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut.
5. Bakarkan pada suhu 160c hingga masak - lebih kurang 20-30 mins
Sebenarnya tak bagus untuk kita buka pintu oven selalu untuk check either kek atau biskut tu dah masak ke belum, boleh bantat jadinya nanti.. Macam saya nak tau kek atau biskut tu dah masak ke belum saya tunggu sampai keluar baunya barulah saya check, selalunya lepas keluar bau saya bagi masa 5-10 minit lagi untuk keluarkan biskut atau kek tu.. Biskut tak boleh dibakar pada suhu melebihi 180c- boleh hangus wooo atau tak masak dalam.
Tips untuk membuat biskut:
1. Untuk mendapatkan biskut yg masak sama rata, buatlah saiz yang sama..
2. Untuk adunan biskut, kalau lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan didalam plastik, masukkan ke dalam petisejuk sekurang2nya 30 minit.
3. Untuk adunan biskut yang agak keras sikit, tambahkan sesudu susu segar.
4. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar, biarkan sebentar diatas oven tray itu selama 5 minit, kemudian barulah dialihkan ke rak kek untuk menyejukkan biskut.
5. Untuk mengelakkan biskut dari jadi leper, elakkan guna oven tray yg panas untuk biskut yg baru hendak dibakar, sejukkan dulu oven tray dulu dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu..
Tuesday, 22 July 2014
Resepi Tart Nenas Gulung
Bahan-Bahan:
Bahan untuk jem:
2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart:
125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus
Cara Membuat:
Cara-cara untuk jem nenas:
Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan:
Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara untuk tart:
Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Jom Share & selamat mencuba ya sis ..
Kuih Bunga Dahlia
Bahan-bahan
-3 biji merah telur
-2 biji putih telur
-2 sudu besar susu pekat manis
-1 tin tepung jagung
-2 cawan tepung gandum
-2 cawan mentega
-2 ½ cawan gula halus
-½ sudu kecil serbuk penaik
Cara Penyediaan
Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar.
LIKE & SHARE
Subscribe to:
Posts (Atom)






