ads

Monday, 9 June 2014

RESEPI PUDING LAICI



BAHAN-BAHAN :

*5 gram serbuk jelly "konnyaku"
*625 ml air (2 1/2 cawan)
*4 camca besar gula pasir
*200 ml susu sejat "IDEAL"
*1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
*1 helai daun pandan
*Strawberry sebagai hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :

1.Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut. Masukkan daun pandan, dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.

2.Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. 

3.Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.Hidangkan bersama hirisan laici dan strawberry, jika suka boleh dituangkan air laici dalam tin tadi sebagai kuahnya. Sedap dimakan sejuk.

Jom share. Dan selamat mencuba semua sis :) ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...