ads

Monday, 9 June 2014

Resepi Kek Coklat Kukus Sedap


Bahan Untuk di masak:

1 tin susu cair 
200 gm minyak sayuran 
250 gm susu pekat 
100 gm serbuk koko

4 biji telur
250 gm gula kaster 
150 gm tepung gandum 
1sk soda bikarbonat 
1 sk baking powder

1.Campurkan kesemua bahan masak dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak perlu sampai mengelegak. Angkat.

2.Pukul telur hingga kembang. Tuangkan adunan yang dimasak ke dalam telur. Satukan adunan tadi dengan mixer. Akhir sekali, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sehingga sebati.

3.Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dan diminyakkan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Minyakkan juga aluminium foil supaya tidak melekat di kek.

4.Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

5.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.



Untuk Chocolate Ganache :

 
3/4 cawan susu
1/3 cawan butter
8 oz chocolate chips

1.Cairkan butter dan masukkan susu. Panaskan di atas dapur tapi jangan sampai mendidih. 


2.Tuang ke atas coklat chips dan tunggu sekejap sehingga chocolate chips cair,

3.kemudian dikacau rata. Boleh disapu pada kek yang telah disejukkan.


Jom share & selamat mencuba semua ya sis. 

2 comments:

  1. 3/4 cawan susu tu susu pekat manis or susu segar or susu cair?

    ReplyDelete
  2. Biasanya ganache pakai susu pekat manis

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...